TT5 - Kapal Korek Biji Timah Terakhir Di Malaysia

7:12 PM


Pernah tengok kapal korek biji timah? 

Well setakat gambar dalam buku Sejarah memang la..
tapi tahu tak anda boleh rasai sendiri pengalaman berada dalam kapal korek biji timah
di Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5)

Sebenarnya kapal korek biji timah ini masih wujud dan ia merupakan machine terakhir di Malaysia. Blogger kembara #TravelogueMalaysia cukup bertuah dapat melihat sendiri saiz kapal korek serta berpeluang menjejak kaki ke ruang platform. Tak sangka besar betul kapal ni.

Sejarah Tanjung Tualang Tin Dredge No.5

Kapal korek ini dibina oleh F.W Payne & Son di England, United Kingdom sekitar tahun 1938. Kemudian dibeli oleh syarikat Southern Malayan Tin Dredging Ltd, sebuah syarikat yang dibentuk pada tahun 1926 yang mengendalikan 6 kapal korek di Batu Gajah dan Tanjung Tualang. Harga untuk membina sebuah kapal korek ini kira-kira RM40 juta. Hari ini kosnya USD50 juta untuk membina sama seperti TT5.

pelan struktur kapal korek

TT5 ini telah digunakan selama 44 tahun sehingga 1982 apabila industri timah Malaysia merosot disebabkan harga timah dunia yang jatuh, kekurangan sumber timah dan kos operasi tinggi. Pada tahun 2012, fasiliti ini ditutup kerana kebocoran air. Bermula Januari 2015, kawasan tersebut menjalani pengubahsuaian bernilai RM8.5 juta selama 2 tahun yang dijalankan oleh Menteri Besar Incorporated.


Boleh bayang betapa gahnya kapal korek ni waktu era kegemilangan industri perlombongan biji timah. Waktu itu dapat bekerja atas platform kapal ini ibaratnya bekerja sektor oil & gas masa kini. Menariknya kapal ini beroperasi 24 jam sehari mengorek biji timah dari dasar lombong.

gambarajah bagaimana kapal ini beroperasi

Perasaan bangga dan teruja saat melangkah masuk ke ruang badan kapal yang mempunyai tiga aras iaitu platform, pusat operasi dan contoler. Beratnya 4,500 tan serta mempunyai 115 bucket berfungi mengaut galian asli dari bawah sebelum ke proses pengasingan antara batu dan biji timah.

 masih utuh walaupun dah berusia lebih 78 tahun

 ruang dalaman masih dalam keadaan asal 

 peraturan penggunaan alatan keselamatan suatu tika dahulu

bukti cap dagang manufacture & lokasi ia berasal

paip getah saluran membawa biji timah ke tong pengasingan

Harga Tiket Masuk  & Waktu Operasi

TT5 dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang namun ia ditutup kepada umum pada hari Isnin (atas sebab rahsia)

Anda boleh melawat kapal korek ini dengan sesi tour mengenai sejarah & melihat mesin yang digunakan untuk melombong biji timah. Ada enam sesi tour bermula jam 10 pagi, 11 pagi, 12 tengahari, 2.30 peatang, 3.30 petang dan 4.30 petang untuk sesi terakhir.

bayaran masuk TT5 cukup murah & penuh bermaklumat

Selain itu, korang berpeluang mendulang biji timah secara tradisional dengan dulang kayu. Bukan senang nak dapat pengalaman sebegini. Nampak macam senang tapi susah jugak nak asingkan biji timah dari pasir tu. 

acah je mendulang..

 biji timah selepas proses mendulang asing pasir..itu kuali diperbuat dari kayu balak bukan kuali goreng ikan ye

 hasil lepas penat mendulang tadi..hehe

Malah satu muzium mengandungi bahan-bahan artifat dari kapal korek seperti meja, alat pertukangan, papan kenyataan dan penerangan mengenai proses perlombongan turut boleh anda pelajari di sini. Pusat informasi ini terbuka menerima kunjungan orang awam, lawatan akademik sekolah atau institusi tinggi. 

antara sumber mineral terdapat disini

Istimewanya setiap hari Sabtu dan Ahad ada karnival Santai@TT5 menampilkan banyak aktiviti menarik seperti jualan bazar penduduk tempatan, menjelajah kapal korek, mendulang biji timah dan persembahan muzi oleh band pada hari Ahad.


Apa-apa pun ini sahaja bukti warisan kegemilangan industri biji timah di Ipoh suatu tika dahulu. BBL salute dengan Menteri Besar Incoperation bersemangat menyelamatkan satu-satunya kapal korek yang masih wujud dalam negara kita. Jom kita sama-sama support datang ke TT5 bila anda datang Perak nanti.



Alamat Lokasi TT5 :
Kilometer 9, Jalan Tanjung Tualang
Kampong Batu Gajah, 31000 Perak

No telefon - 014-904 3255

--------------------------------------------------------

Show your support dengan like & follow laman sosial TT5


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici