Pengalaman Menginap De Palma Eco Resort Kuala Selangor Berciri Patuh Syariah

11:29 PM

Tak sangka Kuala Selangor ada banyak dan banyak tempat best boleh kita terjah. Bagi korang yang sukakan alam semulajadi, suasana kampung, sawah padi atau peminat seafood segar dari bot nelayan memang Kuala Selangor port terbaik untuk datang. Lagi pun bukan jauh sangat dari KL. Hanya sejam perjalanan dari Shah Alam melalui highway. Destinasi paling unik untuk weekend gateway. Boleh rujuk entri ini senarai tempat wajib pergi diKuala Selangor.

De Palma Eco Resort Kuala Selangor Pilihan Utama

Sebut soal hotel menarik kat Kuala Selangor, BBL boleh suggest De Palma Eco Resort kerana lokasinya berdekatan pekan Kuala Selangor selain hanya 10 minit ke tempat tarikan utama seperti Bukit Malawati, Batu Hampar, Makam Mak Dara, muzium sejarah, jeti Sky Mirror, Taman Alam Kuala Selangor, restoren makanan laut tepi Sungai Selangor dan 45 minit ke sawah padi Sekinchan, kelip-kelip Kg Kuantan serta Kelab Golf Diraja Kg Kuantan.


Resort Bertema Chalet & Villa

De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan 48 chalet dan 12 villa kepada tetamu berehat bagai dirumah sediri dalam suasana resort. Jenis bilik penginapan yang ada seperti

·        Superior (Queen/Twin)
·        Deluxe (Triple/Twin)
·        Vila Superior (Queen/Twin)
·        Malawati Room (2 Queen)
·        Desa Room (2 Queen)
·        Junior Suite
·        Anjung Suite
·        Dara Suite

Deluxe Triple dengan 3 single bed

Ruang mandi pun luas

Junior Suite dengan 1 queen bed dan 2 single bed

Dara Suite dengan 1 queen bed dan ruang tamu tersendiri

transperent shower room tu

Villa Dara Suite dari luar..cantik kan

Harga satu bilik bermula serendah RM200 satu malam beserta sarapan pagi untuk dua orang. Anda boleh menempah terus melalui laman web www.depalmahotel.com untuk tawaran promosi terkini. Tiada masalah jika datang bersama keluarga besar. Bagi BBL harga setiap bilik cukup murah dengan kemudahan pihak hotel tawarkan.

Kalu korang nak tahu, De Palma Eco Resort Kuala Selangor merupakan eco resort bercirikan syariah yang mempunyai surau dan iman khas setiap kali masuk waktu solat. Menginap disini terasa macam kat kampung bila azan berkumandang. Fasiliti lain seperti kolam renang, laundry services, restaurant Rumbia yang boleh memuatkan 150 orang, dewan besar Malawati untuk seminar, majlis keraian, persandingan pengantin, exhibition dan apa jua program yang memerlukan dewan berkapisiti besar.

kolam renang dewasa & kanak-kanak

Dewan Malawati

Resort Ideal Bagi Team Building & Hari Keluarga

Pihak hotel ada menyediakan pakej berbaloi untuk anda melaksanakan team building atau hari keluarga sama ada syarikat atau anak beranak. Maklumlah atuk moyang kan adik beradik ramai so meriahlah buat hari keluarga Patinggi Hassan, contohnya. Boleh eratkan hubungan antara adik beradik dan cucu cicit. Eco Depalma Resort Kuala Selangor turut mempunyai padang jika anda merancang melakukan aktiviti sukaneka.

Padang bersize futsal belakang bangunan utama De Palma

team building site

Sebelah petang anda boleh bawa anak menunggang kuda. Jangan terkejut Eco DePalma Resort ada kuda biasa (kuda macam movie mat salleh tu) dan kuda pagi. Tak sangka kat sini BBL sendiri berpeluang tunggang kuda. Yelah sebelum naik kuda fun fair je.


Nak tambah lagi adventure mungkin boleh request night walk menguji level keberanian merentas hutan sebelahan hotel. Jika nasib anda baik dapat tengok lontong tidur di pokok sepanjang trex tersebut. Mesti terfikir macam si kera tidur sambil bergayut ke. Sebelah malam boleh buat BBQ dalam suasana fire camp macam BBL alami selepas merentas denai hutan. Seronok bukan main tau.



Pihak De Palma Eco Resort Kuala Selangor juga boleh menyediakan pakej kejutan istimewa untuk anda. Macam BBL alamai tempoh hari, tema dinner in the jungle dan lunch hour Bolloywood. Sesuai kalu nak buat surprise kepada pekerja atau ahli keluarga. Come on la makan dalam dewan dah mainstain. 


makan atas daun pisang lagi...

sesi karok bertema Tarzan in jungle

Apa tunggu lagi dah boleh create whatsapp group dan apply cuti datang holiday ke Eco Depalma Resort Kuala Selangor.

Maklumat lanjut, boleh je roger De Palma Hotel

No telefon : 03-5526 7668

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici