Contest Bakat Besi Mencari Belia Inovatif & Berbakat Modified Motorosikal

12:32 AM

Remaja lelaki & dunia motorsikal memang tak boleh dipisahkan. Ada saja idea kreatif dorang mahu modified jentera motorsikal supaya laju, bunyi lebih menyegit dan berlainan dengan orang lain. Sayangnya citarasa dan idea mereka tidak digunakan pada saluran betul.


Modenas Mahukan ANDA!

Tampil berani dengan perkembangan positif industri permotoran negara, Modenas selaku pengeluar motorsikal nasional menganjurkan pertandingan Bakat Besi untuk mencungkit bakat serta idea berani belia dalam reka/bina motorsikal. 

Bakat Besi : Peraduan Reka

Terbahagi kepada dua jenis kategori iaitu reka bentuk konsep & design stiker untuk model terbaharu jentera Modenas - Pulsar dan V15

Pada Mei 2017 lalu, Modenas telah melancarkan tiga variasi motorsikal baru - the naked street bike "Pulsar NS200", sportbike "Pulsar RS200" dan the cruise "V15". Ketiga-tiga model ini hasil kolabrasi Modenas bersama Bajaj Auto Ltd (BAL), pengeluar motorsikal terbesar India, pengilang motorsikal ketiga terbesar dunia dan pengeluar roda tiga terbesar. Bukan calang-calang manufacture ni. 



Dengan revolusi teknologi baru, model Pulsar telah laku keras dengan jualan lebih 7 juta unit di 26 buah negara seluruh dunia. Jentera Pulsar kini boleh didapati dua model, RS200 dan NS200. Manakala V15 yang lebih familiar dikenali sebagai "The Invincible" kerana reka bentuk invincible, bergaya dan penuh prestasi. Keteguhan jentera, rekabentuk dan memiliki tubuh yang kukuh amat memberansangkan hati pembeli.


Motosikal Pulsar dan V15 ini akan digunakan sebagai platform Modenas untuk mendedahkan dan mengangkat bakat anak muda mempamerkan kreativiti mereka dalam merekabentuk dan kejuruteraan motorsikal.

Siapa Patut Sertai Bakat Besi

Terbuka kepada pelajar semua jurusan digalakkan menyertai bagi mengetengahkan bakat terpendam korang. Tak kisah lelaki atau perempuan asalkan mempunyai minat, imiginasi tinggi, fokus dan bercita-cita merialiasikan impian diri. Setiap penyertaan adalah invidiual sahaja manakala penyertaan berkumpulan tidak akan diterima. Take noted okay. 

Tarikh penyertaan contest Bakat Besi ini bermula 28 Oktober sehingga 28 Nov 2017 dan pemenang akan diumumkan pada 14 Januari 2018 nanti. 

Cara Penyertaan

Mudah sahaja, layari www.r8der.my untuk mendaftar. 


Bagi kategori reka bentuk konsep, pemilihan akan dilakukan berdasarkan markah Konsep (25%), Kreativiti (25%), Fungsi (25%) and pematuhan nilai teras R8DER (15%). Kemudian reka bentuk dengan markah tertinggi akan berentak sekali lagi dengan undian online (10%) di website R8der dan penilaian juri (90%) kepada top 3 dihadapan panel hakim.

Manakala kategori reka bentuk stiker ditentukan oleh 100% undian online. 10 fanalist rekaan stiker akan berebut gelaran juara berdasarkan lakaran dengan "like" terbanyak. 

templete ini boleh download di www.r8der.my

Hadiah Bakat Besi

Ganjaran hebat bakal menanti kepada tiga pemenang dan juara untuk kategori reka bentuk konsep dan stiker antaranya sebuah motosikal MODENAS, wang tunai, baucer tunai Petron, vucher MotoGear dan sijil. Pastinya satu pengorbanan berbaloi memerah idea.


So jangan buang masa, terus register dan mula bekarya hari ini. Bila lagi korang nak tunjukkan bakat terpendam. Lagi bagus boleh jadi jaguh kampung dan juara Bakat Besi!

Layari www.r8der.my untuk maklumat lanjut dan pendafataran.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL