Cadangan Waktu Perjalanan Raya Dengan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)

1:26 AM

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba

Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang


Amboi seronoknya nyanyi lagu Balik Kampung by Sudirman. Nie balik raya kampung mana tahun 2017 ni? utara? selatan? pantai timur? atau beraya di Kuala Lumpur? Yelah mana tahu atuk nenek orang Kampong Baru. Dapat wefie gambar raya background Petronas Twin Tower kan. Memandangkan BBL tahun ni masih beraya bersama wifi dan bukannya wife, maka admin akan pulang ke kampung di Terengganu. Kepada anda yang pulang ke negeri pantai timur seperti Pahang, Terengganu atau Kelantan dengan melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), sini BBL nak share cadangan waktu perjalanan pulang ke kampung. 

klik untuk besarkan

Jika tahun-tahun lepas korang asyik terperangkap dalam jem waktu nak beratur bayar tol, eloknya tahun ni kita follow waktu cadangan oleh LPT ni. Setidaknya anda tidak stress lambat sampai ke destinasi selain memudahkan pergerakkan lalu lintas. Menurut seorang pengguna Twitter yang sudah 4 tahun follow jadual waktu perjalanan LPT mengakui tidak pernah lagi terlibat dalam jem teruk sepanjang pulang ke kampung. 

Yang pasti anda perlu pastikan baki kad Touch n Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan kerana LPT akan menutup semua lorong tambah nilai bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol. So para drivers boleh top up TnG di lokasi berikut.

Pesan BBL jika anda terlibat dalam situasi kecemasan sepanjang LPT, sila follow instruction berikut untuk memudahkan peronda LPT membantu. Ops jangan lupa save no telefon LPT  Line 09 547 9111  demi kemudahan kemudian hari. 

klik untuk besarkan

Jangan lupa untuk berehat sebentar di hentian rehat dan rawat sepanjang LPT. Take 5 kejap jika anda terasa mengantuk semasa memandu. Tak lupa ada banyak gerai menjual buah segar dan air mimuman di R&R. Favorite BBL mestilah beli buah jambu batu bila stop kat hentian Gambang. Berikut list hentian rehat & rawat sepanjang LPT. 

 klik untuk besarkan

Berikut pulak adalah kadar tol di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak. So boleh standby bajet untuk reload touch n go anda. Bajet untuk minyak petrol pun jangan lupa masukkan sekali. Kan ada yang terguna duit raya anak-anak nanti. Anda boleh check jumlah harga tol DI SINI


Sambung balik kampung dengan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2)

Jika LPT hanya merangkumi hingga ke Jabor sahaja, namun LPT 2 kini bersambung hingga exit Plaza Kuala Terengganu merangkumi 10 tol exit iaitu bermula dengan Cheneh, Cukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemung dan berakhir di Kuala Terengganu. Untuk senarai harga tol boleh rujuk SINI.

Ha mesti anda risau kehabisan minyak ketika melalui LPT 2 kan, so bookmark lokasi stesen minyak berikut untuk simpanan. 


Apa-apa pun BBL nak ucapkan selamat pulang ke kampung dan pandu kereta hati-hati ya. Okay nak take off flight dulu.

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. It is correspondingly watched that informed individuals take component part in political exercises, they vote to that individual as indicated by his capacity or limits and after a careful screening of the sure. We give better this http://www.resumeeditingservice.com/how-we-work/ site enlightening office so oblige us on the web.

    ReplyDelete