Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Sunday, December 27, 2015

Eat.Travel.Write Putrajaya : Pengembaraan Bermula


Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini BBL telah menyertai program Eat.Travel.Write Putrajaya yang dibawa khas oleh GayaTravel Magazine. Seronok sangat bila dapat jemputan join event 3hari 2malam di Putrajaya. Seingat BBL la, tahun 2014 last datang Putrajaya. Itu pun singgah kejap pi Masjid Putra untuk solat Zohor. Lebih kurang comeback ke Putrajaya dengan aktiviti terokai tempat makan best sekitar Putrajaya.

Hari Pertama
- 16 Disember 2015 - 9.45 pagi
- Putrajaya Sentral

BBL ke Putrajaya dengan Express Rail Link (ERL) dari KL Sentral. Itu pun pengalaman pertama naik ERL sampaikan silap ke kaunter ERL express. Nasib baik tak salah naik express ERL ke KLIA. Perjalanann tak lama cuma 15 minit ke Putrajaya & train akan berhenti di Salak Selatan sebelum stesen Putrajaya. Sampai je Putrajaya Sentral terus pickup task pertama iaitu mengisi perut dengan wang ringgit RM10. Selain menjadi hub pengangkutan awam, Putrajaya Sentral adalah port makanan best. Ada banyak kiosk makanan yang sedap boleh cuba. 


- Leko-Leko > keropok lekor Terengganu -

Orang Terengganu pergi mana-mana pelusuk dalam tanah air mesti tak lupa kepok lekor. Inovasi terkini pada signature ganu iaitu kerepok lekor dimakan bersama sos chesse. Harga pun murah je RM4.40 bekas size S. Pejam mata dah habis semua kerepok tu.


Tak cukup lagi BBL cuba makan kiosk 23rd HotDog. Boleh tahan sedap Formaggio dengan limpahan chesse. Harga pun sangat berpatutatan. Kat sini banyak pilihan makan yang boleh korang tapau sementara tunggu bas nak balik kampung atau train ke KL. Sampaikan BBL boleh rambang mata kejap.


Menu kiosk Enakkk pun boleh tahan sedap. Enakkk sangat terkenal dengan variasi makanan berasaskan roti seperti pizza, sandwich beraneka rasa & roti bun yang lembut. Sempat jugak beli Grilled Chicken Sandwish. Rasa pun sedap makan panas-panas tapi lupa nak snap gambar. Sorry.. Korang boleh cuba sendiri. Kiosk Enakkk terletak di aras bawah kawasan loading bay bas express. 


Dengan menaiki bas Nadi Putrajaya, kami semua bergerak ke destinasi berikut iaitu Putrajaya International Convention Centre untuk makan tengahari. Perut dah isi tapi masih lagi lapar. Masing-masing muka seronok je dapat makan je sepanjang program ini. Nama pun Eat.Travel.Write kan. 


Terasa macam pelancong asing apabila juru pelancong kami, Pak Salleh menerangkan detik awal pembinaan Putrajaya hinggalah era kini. Sebijik macam caption FatinBella, semua tentang Putrajaya ada dalam tangan dia. Terbaik!


- 16 Disember 2015 - 12.36 tengahari
- Putrajaya International Convention Centre

Satu cabaran menarik telah menanti kami di PICC. Bunyi macam teruja kan tapi sebelum itu chef banquet PICC telah berbesar hati berkongsi dengan para peserta cara penyediaan Lala Masak Berlado secara live dihadapan kami. Menusuk kalbu deria melihat lala sudah masak di atas kuali besar. 


- Lala Masak Berlada  -

Kebiasaanya roti jala di makan bersama kuah kari atau sambil bilis. In fact di Terengganu memang ada pilihan kuah manis sebagai pencicah roti jalan. Yang menariknya, pihak PICC telah memberi nafas baru cara roti jala dimakan dengan sos jem. Inovasi ilham dari tetamu PICC sendiri kerana pelancong asing dari barat tidak mengemari kuah kari tapi lebih kepada sos manis atau jem. Dari situ, PICC mula menyajikan roti jalan bersama seni sos jem. Hasilnya wallah sedap menyelera. 


- Roti Jala bersama sos -

Tugasan di PICC sangat ohsome & mudah tapi kena extra kreatif. Setiap dari kami perlu mendekorasi roti jala supaya tampak menarik serta menyelerakan. Kemain semua pakat Google Image untuk inspirasi. Walupun nampak mudah namun jika idea brilliant, hasilnya wau! Ini roti jalan rekaan BBL. Tak cantik tapi kalu makan sure habis. 



- 16 Disember 2015 - 6.15 petang
- Food Court Precinct 9

Baru BBL tahu sebenarnya setiap Precinct di Putrajaya mempunyai food court tersendiri. Wel, jika korang ke rumah kaum kerabat sedara, kawan-kawan atau food hunting. halakan saja waze ke food court precinct. Tapi jangan ke Precinct 20 kerana situ kawasan perkuburan. Take noted ya. 


Antara menu makanan yang boleh cuba di Food Court Precinct 9 adalah: 


Satu menu yang sangat menarik di food court Precinct 9 ialah kacang pool Makpol. Makanan dari Larkin, Johor ynag boleh dikatakan agak famous dikalangan penduduk Precinct 9 ini. Sajian cukup simple tapi mengenyangkan perut comel anda tu. Mesti cuba tau. Sebut apa saja terlintas nak makan, semua boleh dapat dari sate, nasi kerabu, nasi lemak ayam dara, mee rebus, mee kicap, char kuew teow & bermacam lagi. Kalu BBL taip makin panjang entri ini.



Entri ini dibawa khas oleh Eat.Travel.Write Putrajaya oleh GayaTravel magazine dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.


BBL ~ next coming entri
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

2 comments:

  1. menarik aktiviti nie..teringin nak join ^^

    ReplyDelete
  2. x sangka ada tempat makan murah macam ni di putrajaya... btw cantik kasut :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...